MYHackathon - Digitalising Government Services

RoadPlus AI

RoadPlus menyepadukan teknologi Kepintaran Buatan (AI) dalam sistem penyelenggaraan dan pengurusan jalan (RMMS), pendekatan sistematik untuk merancang, mengatur, mengarah dan mengawal operasi penyelenggaraan. RoadPlus menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian pemeriksaan jalan automatik, platform pelaporan mudah dan penyelesaian kos efektif sehenti yang hanya menggunakan telefon pintar untuk proses pemeriksaan automatik. Ia merevolusikan proses pemeriksaan manual konvensional yang memerlukan banyak kerja kertas yang membosankan dan sumber manusia yang intensif. Pelanggan RoadPlus seperti agensi kerajaan, perbandaran dan syarikat konsesi jalan raya boleh melanggan perkhidmatan Data RoadPlus kami berdasarkan permintaan dengan pakej yang berpatutan. Tiada perkakasan yang mahal atau tiada pasukan teknikal/operasi diperlukan. RoadPlus telah terbukti berkemampuan dalam mengesan jalan berlubang dan memastikan ia dapat diperbaiki dalam masa 24 jam. RoadPlus menawarkan penyelesaian hujung ke hujung yang kos efektif daripada pemeriksaan hingga pelaporan.

Nama Syarikat

Neuon AI Sdn Bhd

Tema

Bina Negara

3 Pilots
Federal and State Road Concessionaire
Berjaya ditempatkan bersama JKR Sarawak. Daftar 10 unit RMU di seluruh Sarawak sejak September 2021
Mengumpul dana RM 2 juta. RM250,000 daripada MOSTI, melalui Cradle Fund
RM500,000 Hasil Diaudit
10 kerjasama penyelidikan dengan universiti/institut penyelidikan tempatan dan antarabangsa
3 rakan kongsi industri. 6 syarikat konsesi jalan tempatan (Sarawak)

Memeriksa 1100KM jalan Sarawak sebulan

Projek perintis dipilih untuk dilaksanakan di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia

Shopping Basket