Maklumat Program

Hackathon nasional untuk solusi kerajaan yang boleh dirintis.

MYHackathon menghubungkan bakat teknologi Malaysia dengan agensi awam untuk membina solusi digital yang praktikal, boleh diuji, dan memberi impak kepada rakyat.

RM250K

Geran bersyarat untuk solusi pemenang

12 bulan

Bimbingan pelaksanaan projek rintis

7

Pernyataan masalah daripada agensi awam

Objektif

Daripada pernyataan masalah kepada projek rintis.

Program ini direka untuk membantu pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan pendekatan kolaboratif antara startup, komuniti teknologi, IPTA/IPTS, mentor industri, dan pemilik masalah daripada agensi awam.

Pasukan pemenang menerima geran bersyarat dan bimbingan selama 12 bulan supaya solusi yang dibina tidak berhenti pada demo, tetapi bergerak ke arah pelaksanaan rintis.

01

Fahami cabaran

Teliti pernyataan masalah daripada agensi kerajaan dan kenal pasti solusi yang praktikal untuk diuji.

02

Bina dan hantar

Bangunkan prototaip bersama pasukan dan lengkapkan maklumat solusi melalui portal MYHackathon.

03

Rintis bersama agensi

Pasukan pemenang menerima sokongan geran dan bimbingan untuk membawa solusi ke tahap projek rintis.

Kelayakan

Pasukan terdiri daripada 2 hingga 5 ahli
Semua ahli pasukan ialah warganegara Malaysia
Semua ahli pasukan berumur 18 tahun dan ke atas
Ketua pasukan membuat pendaftaran awal melalui portal

Ruang cabaran

Teknologi pertanian dan operasi sawit
Pencegahan jenayah kewangan dan scam
Penyampaian perkhidmatan perbandaran
Pengurusan infrastruktur dan aset awam
Pendidikan, kesihatan, dan impak sosial
Automasi proses kerajaan

Sedia untuk menyertai program?

Pendaftaran dan penghantaran solusi dijalankan melalui portal peserta rasmi.

Buka portal