Frequently Asked Question (FAQ)

Program MYHackathon 2024 adalah program hackathon peringkat kebangsaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu usaha Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Malaysia kepada Rakyat. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah MYStartup yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta dilaksanakan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle).

Program MYHackathon 2024 akan diadakan dalam format hibrid fizikal. Kesemua peserta dari seluruh Malaysia boleh memilih sama ada untuk menghadiri acara di lokasi fizikal (yang akan ditentukan) atau menghadirinya secara dalam talian menerusi pautan strim rasmi program yang akan disediakan di laman portal peserta dan saluran media sosial rasmi.

  1. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) ahli atau maksima lima (5) ahli (“Ahli Pasukan”).
  2. Salah seorang Ahli Pasukan dilantik sebagai Ketua Pasukan (“Ketua Pasukan”).
  3. Ahli Pasukan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  4. Ahli Pasukan adalah warganegara Malaysia sahaja.

Hanya Ketua Pasukan sahaja yang perlu mendaftar secara dalam talian untuk menyertai program ini.  Maklumat ahli pasukan tidak perlu didaftarkan serentak semasa tempoh awal ini.

Maklumat ahli pasukan yang lengkap hanya perlu diisi semasa proses menghantar solusi menerusi portal dalam talian MYHackathon.

Selepas Ketua Pasukan melengkapkan pendaftaran secara dalam talian, Ketua Pasukan akan diberi akses untuk memasuki portal MYHackathon. Dalam portal MYHackathon, Ketua Pasukan boleh mengakses kesemua maklumat termasuk pernyataan masalah, senarai mentor, tarikh acara, serta tarikh akhir penghantaran. Kesemua sesi mentoring juga boleh dijadualkan menerusi portal ini.

Pernyataan masalah untuk MYHackathon 2024 diumumkan pada 3 September 2024. Kesemua maklumat ini boleh didapati menerusi laman web MYHackathon 2024 serta seluruh platform media sosial Cradle dan MYStartup. Bagi mendapatkan maklumat penuh pernyataan masalah, anda perlu mendaftar minat untuk menyertai MYHackathon 2024.

Pakej hadiah untuk pemenang dan jumlah pasukan yang bakal menang akan diumumkan kelak. Sila daftar minat untuk menyertai program MYHackathon secara dalam talian dan kami akan memberikan informasi serta perkembangan terus ke emel yang telah anda daftarkan.

Kesemua ketua dan ahli pasukan dialu-alukan untuk menyertai acara pelancaran pada hari pertama secara majlis fizikal ataupun secara dalam talian.

Sesi mentoring pada Hari Kedua hingga Hari Ketujuh pula dijalankan secara dalam talian sahaja, menerusi portal MYHackathon. Hanya satu log masuk sahaja dibenarkan pada satu-satu masa (akses ke portal dalam talian hanya diberikan kepada Ketua Pasukan sahaja mengikut kehendak sistem).

Acara pembentangan akhir akan diadakan secara majlis fizikal dan Ketua Pasukan dikehendaki untuk hadir secara fizikal di majlis ini. (Lokasi majlis: TBC, Lembah Klang)

Ketua pasukan boleh membuat penghantaran solusi menerusi seksyen ‘Submission’ yang disediakan dalam portal dalam talian MYHackathon 2024.

Semasa proses penghantaran ini, kesemua maklumat mesti dihantar bersama, termasuklah nama semua ahli pasukan dan maklumat penting yang lain.

Kami menghargai minat anda terhadap MYHackathon 2024. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami menerusi emel  support@myhackathon.gov.my

Pasukan berdedikasi kami sangat berbesar hati untuk membantu menjawab segala persoalan anda berkaitan program ini.